Friday, September 19, 2008

KALAU PAKLAH BAGI SOKONGAN KEPADA PAKATAN, PAKLAH VIP KAMI SAMPAI KIAMAT



Kalaulah dalam parti sendiri Paklah dah tak dipercayai dan mungkin akan ditendang sampai terterap atau tertonggeng kat lantai , dan bila orang UMNO sendiri dah tak lalu nak tegur, bila berselisih kat jalan buat-buat tak kenal, saya cadangkan:

Biarlah kami dari Pakatan Rakyat yang akan kenang budi Paklah dan hormat Paklah sampai kiamat, jika Paklah dapat beri kesempatan kat semua rakyat Malaysia ni menikmati perubahan pentadbiran Malaysia Baru bersama Pakatan.

Sekurang-kurangnya apapun majlis yang kerajaan baru buat nanti Paklah adalah sebagai tetamu terhormat kami.

Setidak-tidakpun gambar Paklah dan isteri akan kami gantung dalam rumah untuk diabadi sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat yang dihormati.

Kami Pakatan Rakyat adalah teman suka-duka, bukan macam dalam BN yang akan hormat Paklah selagi ada kuasa sahaja. Kalau tak percaya, tengoklah nanti, Paklah bercakapun mereka tak akan bagi, kalu bercakappun kena edit memanjang.Tambah pulak bila Najib jadi PM nanti. Tengok Tun Mahathir ape orang UMNO buat kat dia. Itupun dah 20tahun memerintah.

Oleh itu, baik Paklah berbuat baik dan berbudi kat Pakatan Rakyat. Sebab kami akan hormat pada sesiapa pun yang berbudi dengan kami sampai mati dan Paklah VIP kami.

http://khabarnya.blogspot.com/2008/09/kalau-paklah-bagi-sokongan-kepada.html

No comments:

NO GOOD MAN IN RULLING GOVERMENT (BN 1500 YEARS AGO)