Friday, September 19, 2008

KALAU PAKLAH BAGI SOKONGAN KEPADA PAKATAN, PAKLAH VIP KAMI SAMPAI KIAMAT



Kalaulah dalam parti sendiri Paklah dah tak dipercayai dan mungkin akan ditendang sampai terterap atau tertonggeng kat lantai , dan bila orang UMNO sendiri dah tak lalu nak tegur, bila berselisih kat jalan buat-buat tak kenal, saya cadangkan:

Biarlah kami dari Pakatan Rakyat yang akan kenang budi Paklah dan hormat Paklah sampai kiamat, jika Paklah dapat beri kesempatan kat semua rakyat Malaysia ni menikmati perubahan pentadbiran Malaysia Baru bersama Pakatan.

Sekurang-kurangnya apapun majlis yang kerajaan baru buat nanti Paklah adalah sebagai tetamu terhormat kami.

Setidak-tidakpun gambar Paklah dan isteri akan kami gantung dalam rumah untuk diabadi sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat yang dihormati.

Kami Pakatan Rakyat adalah teman suka-duka, bukan macam dalam BN yang akan hormat Paklah selagi ada kuasa sahaja. Kalau tak percaya, tengoklah nanti, Paklah bercakapun mereka tak akan bagi, kalu bercakappun kena edit memanjang.Tambah pulak bila Najib jadi PM nanti. Tengok Tun Mahathir ape orang UMNO buat kat dia. Itupun dah 20tahun memerintah.

Oleh itu, baik Paklah berbuat baik dan berbudi kat Pakatan Rakyat. Sebab kami akan hormat pada sesiapa pun yang berbudi dengan kami sampai mati dan Paklah VIP kami.

http://khabarnya.blogspot.com/2008/09/kalau-paklah-bagi-sokongan-kepada.html

Wednesday, September 17, 2008

ANTI KERJASAMA PAS +PKR +DAP KENA BACA NI !!!

KENYATAAN TUAN GURU NIK AZIZ DIPERDEBATKAN PANJANG OLEH PRO DAN CONTRA TETAPI AKU SANGAT TERTARIK DENGAN KOMEN INI. MAKA AKU MINTAK IZIN KEPADA: AkuRakyatBiasa UNTUK KAMI KONGSI BERSAMA PENDAPAT ANDA.
http://pinkturtle2.wordpress.com/2008/09/16/7711/

Salam suma..
Aku rs terpanggil utk menulis sedikit pendpt yg x seberapa.. 1 benda yg kita suma perlu dan seharusnya sudah lama sedar adalah bahawa negara kita Malaysia sbnrnya sgt2 unik disbbkan rakyatnya yg BERBILANG KAUM.. Berbilang kaum dan berbilang agama.. Aku org melayu/islam sejak lahir begitu juga aku rs ngan kebykan org dlm ni.. Namun jgnla disbbkan kita majoriti, kita cuba utk menafikan hak2 kaum lain.. Secara kita sedar atau x sbnrnya sedikit sbyk terdpt sikap2 racist dlm diri xkecuali juga mgkin aku sendiri.. Apabila berlaku satu2 kes melibatkan bangsa2 lain slalu je kita nk salahkan bangsa tersebut.. Padahal kita marah ngan diskriminasi2 yg berlaku di negara2 lain hatta di us apabila kita tgk org kulit hitam didiskriminasi akan bangkit rs benci dlm diri kita terhdp penindasan yg berlaku.. Sungguh malang tanpa kita sedari yg kita sendiri pun mempunyai sedikit sifat2 tersebut yg mgkin xditerjemahkan dlm btk perkataan ataupun perbuatan..

Setiap kaum mempunyai masalah mereka sendiri dan sentiasa mahu menuntut apa yg terbaik mereka rasakan.. Ini terpulang kpd pemerintah yg bijak utk menentukan.. Sama ada permintaan mereka itu melampau atau tidak yg penting pemerintah harus menyelesaikan dgn cara penuh hikmah.. Lgsg xdgr tuntutan pun bkn 1 tindakan yg bijak.. Melayu/Islam xsilap, mgkin xlebih 60% dr kompossisi penduduk so yg balance lg 40% lbh tu sbnrnya agak besar jumlah mereka.. Menetapkan kefahaman terhdp islam merupakan t.jwb pemerintah yg nyata gagal dilaksanakan dr dulu lg.. Org2 bkn islam sentiasa sj berprejudis terhdp org2 islam, vice versa..

Apa yg aku nk sebut kt sini sbnrnya adalah mengenai kedudukan parti PAS.. Adakah PAS dpt merealisasikan perjuangan menubuhkan Negara Islam sekiranya berjuang bersendirian? Sekiramya 60% td berpecah 2 antara PAS UMNO skang sudah tggal brapa %? Tu xkira PKR n yg atas pagar lagi.. Mgkin secara realistiknya 20% dan itulah yg telah diterjemahkan dlm keputusan PRU ke 12.. Apa lg strategi PAS.. Matlamatnya kelihatan begitu simple: Untuk Menubuhkan Negara Islam, tetapi adakah pelaksanaannya semudah itu?

Inilah yg perlu kita renungkan bersama.. Keaadaan mgkin sedikit selesa sekiranya suma org melayu/islam menyokong PAS namun hakikatnya tidak seindah itu.. Namun utk menggugurkan matlamat tersebut adalah TIDAK sekali2.. Selagi mana PAS merasakan diorg mampu berjuang bersama PR selagi itu akan diteruskan.. Bila dirasakan sudah tidak mampu PAS xbermasalah utk berjuang bersendirian.. Suma ahli dan pimpinan sgt komited dan istiqamah terhadap perjuangan sbb sudah diasuh dan ditarbiyah sebegitu rupa..

Even sehingga hari ini belum ada 1negara pun dlm dunia yg bleh dikatakan Negara Islam: baca dlm konsep Islam sepenuhnya.. Not even Saudi nor Iran.. Itu yg sudah lama digelar negara islam so bagaimana pula dgn kita? Adakah PAS sedar matlamat tersebut seakan2 mustahil utk dicapai? Ya, sememangnya PAS sedar bahawa cabarannya sgt2 berat.. Jln yg diambil bknla mudah.. Sdgkan di negara yg hampir 100% islam pun tidak dpt dilaksanakan apatah lg yg krg dr 60%.. So apakah tujuan PAS sebenarnya?

Inilah yg disebut sbg istiqamah.. Matlamat Negara Islam sememgnya sgt2 sukar namun ia bknla mustahil.. Walapun lg 100 thn, PAS tetap akan memperjuangkan matlamat yg sama.. Usaha dtg dr manusia namun biarla Allaw SWT yg menetukan sama ada PAS berjaya atau tidak.. Sekiranya tidak berjaya skalipun, usaha perjuangan ke arah itu tetap dilakukan dan pahala tetap diberi.. Inilah pegangan para ahli PAS.. Inila rahsia PAS mampu bertapak sehingga ke hari ini dgn berbekalkan wang ihsan rakyat beza ngan BN yg menggunakan wang rakyat.. Selagi prjuangan Islam berterusan selg itu PAS akan wujud.. Namun hakikat kemengan sukar dicapai tidak melemahkan semangat para ahli utk terus berjuang.. Inilah yg menyebabkan PAS sentiasa berjuang wpun mengalami kekalahan demi kekalahan..

By: AkuRakyatBiasa on September 18, 2008
at 3:00 am

KEMANA PERGINYA MUFTI YANG LAIN DLM ISU ISA

ISA kejam, Islam bukan agama yang bacul - Mufti Perlis
Sep 17, 2008
MUFTI Perlis, Dr Muhd Asri Zainul Abidin, kelmarin mengkritik penahanan tiga orang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sambil berkata orang yang tertuduh harus diberi peluang menjelaskan kesalahan mereka.

sambung »
APABILA RAMAI YANG BANGUN MENENTANG PENGGUNAAN ISA TERHADAP MASYARAKAT AWAM DAN PEMIMPIN PEMBANGKANG TETAPI HANYA MUFTI PERLIS YANG BANGUN BERSUARA. KEMANA PERGINYA MUFTI-MUFTI YANG LAIN? MUFTI WILAYAH MISALNYA.

NAMPAK SANGAT MUFTI-MUFTI INI HANYA MEMBUKA MULUT DALAM ISU-ISU YANG MEMBERIKAN KEPENTINGAN KEPADA PEMERINTAH SEMATA-MATA. DALAM ISU-ISU YANG WAJIB PEMERINTAH DITEGUR DAN DIPERBETULKAN NAMPAK SEMUANYA MENIKUS MENJADI 'SYAITAN BISU'.

NAMPAKNYA ORANG POLITIK YANG MEMPUNYAI KEDUDUKAN DALAM KERAJAAN LEBIH BERMARUAH DAN BERANI MENEGUR KERAJAAN WALAUPUN TERPAKSA MELEPASKAN SESUATU JAWATAN DALAM KERAJAAN.CONTOHNYA ZAID IBRAHIM. KEMANA MARUAH MUFTI-MUFTI KITA NI?

SAYANG SEKALI ILMU YANG TUHAN ANUGERAHKAN KEPADA MUFTI-MUFTI DIGUNAKAN SEKADAR UNTUK MENLAYAKKAN MEREKA MEMEGANG JAWATAN MUFTI TETAPI AKHIRNYA JAWATAN MEREKA SEKADAR MEMENUHKAN HASRAT DUNIA DENGAN KEMEWAHAN DAN HIDUP SEBAGAI PEMBODEK TERHORMAT.

MUFTI-MUFTI......APALAH YANG AKAN KAMU SEMUA JAWAB KEPADA ALLAH DI WAUMALMAHSAR KELAK?

Saturday, August 30, 2008

RAKYAT MALAYSIA MENYAMBUT RAMADHAN BERIMAMKAN 'TAHLIL' OLEH AVRIL

Rakyat malaysia berpeluang untuk menyambut Ramadhan tahun ini dengan persembahan 'tahlil' bersama Avril Lavigne. Pada hari Jumaat yang mulia dan 2 hari sebelum Ramadhan.

Kuasa kabinet telah mengatasi segala galanya. Membenarkan persembahan itu walaupun di dalam tempoh menyambut Ramadhan yang mulia.

Mufti dan JAKIM turut menjadi OKU kerana cacat tidak boleh bercakap untuk tempoh beberapa hari ini dan akhirnya ... malam tadi acara itu berlangsung.

Baru baru ini Kerajaan negeri johor dan wilayah telah bertindak tidak membenarkan INUL membuat persembahan di Johor dan Bukit Jalil. Kenapa Inul tidak boleh, tapi Avril Lavigne boleh? Mungkin Inul terpaksa menghasilkan gambar gambar bogel sebelum memohon untuk membuat pertunjukan di Malaysia.

Dah tak waras ... sekejap boleh, sekejap tak boleh. Kerajaan Malaysia Otaknya macam biskut, sekejap ada, sekejap tak der.

Klik SINI.


MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Kiriman Raden Jowo

30.08.2008

MUFTI MENJADI BACUL SETELAH MENJADI PENGAMPU KERAJAAN



INI YANG KITA MAHU DARI AVRIL????????!!!!


Konsert Avril: MUFTI-MUFTI DIGESA KELUARKAN FATWA
Dikirim pada Ogos 27, 2008 oleh HermanSamsudeen
Oleh Nyza Ayob

KUALA LUMPUR, 27 Ogos (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan mendesak agar Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Wan Zahidi Wan Teh dan mufti-mufti lain mengeluarkan fatwa bagi memperjelaskan hukum bagi konsert Avril Lavigne. Iklan

Menurut Ketua Penerangannya, Herman Samsudeen, fatwa tersebut penting kerana ia melibatkan soal masa depan masyarakat Malaysia, khususnya belia Islam yang kini semakin diperhambakan oleh dunia hiburan.

Katanya, tindakan kerajaan meluluskan konsert penyanyi dari Kanada ini dilihat umpama menuangkan minyak di atas api yang marak.

Jelasnya, Mufti boleh merujuk klip-klip video artis ini yang tersebar di internet sebagai rujukan dalam mengeluarkan fatwa.

Selain itu, beliau juga meminta agar Mufti Wilayah Persekutuan memainkan peranan yang penting dan tidak sekadar mencari populariti politik dengan hanya mengeluarkan pandangan terhadap isu hangat seperti kes sumpah Saiful Bukhari Azlan.

Tambahnya, konsert tersebut lebih besar impaknya jika dibandingkan kesannya dengan kes Saiful kerana ia melibatkan orang ramai.

Katanya, menjadi tanggungjawab Mufti Wilayah Persekutuan untuk menyelamatkan umat Islam dari terjerumus ke dalam kancah sosial, yang mana beliau akan diminta bertanggungjawab di hadapan Allah jika gagal mempergunakan ilmu yang ada dalam mencegah kemungkaran. - mks

Thursday, August 21, 2008

BPR AKTIF BERTINDAK DALAM KES PEMBANGKANG MENJADIKAN PAKATAN LEBIH TERHINDAR DARI RASUAH.MAKA MENGUNDI PKR SUATU 'ADVANTAGE'

Kehadiran BPR sebaik sejurus sahaja 'transaksi' dibuat adalah sesuatu sejarah yang baru dalam penangkapan kes rasuah di Malaysia, merujuk yang dibuat dan dilakukan oleh BPR ke atas Exco perak dan rakannya. Selama ini rasanya tak pernah lagi dalam kes-kes pegawai kerajaan, BPR tiba secara 'on the spot' sebaik sahaja penyerahan rasuah dibuat. Apa yg berlaku pada kita semua nampak sangat ianya telah dirancang sebegitu teliti.Nampak sangat ini satu perangkap berniat jahat. Kalau dilihat pada kes-kes rasuah yang melibatkan pegawai kerajaan selama ini biasanya penangkapan dibuat setelah berbulan-bulan dan ada juga selepas bertahun-tahun kejadian rasuah itu terjadi.

Dalam kes-kes rasuah yang dilapurkan oleh pembangkang, tindakan yang dibuat oleh BPR adalah sangat lembab dan lambat malah banyak yang didiamkan sahaja tanpa sebarang tindakan , akan tetapi nampaknya dalam kes yang dilapurkan oleh pihak lain agar tindakan dibuat oleh BPR kepada pihak Pakatan rakyat yang disyaki boleh pula dibuat sebegini segera. Nampak sangat sikap 'double standard' BPR yang kononnya mereka profesional.

Kalaulah BPR bersubahat dengan kerajaan BN semata-mata hendak memburuk-buruk Pakatan Rakyat terutamanya dalam kempen Permatang Pauh makna patut sangatlah integriti BPR boleh dipandang dan diletak ke tahap yang paling rendah.

Saya menyeru semua pengundi di Permatang Pauh yang mahu ketelusan wujud dalam kerajaan undilah PKR kerana bilamana Pakatan Rakyat memerintah tidak mudah untuk anggota kerajaannya melakukan rasuah dan penyelewengan kerana BPR akan bertindak serta-merta terhadap mereka. Ini sudah tentunya susah untuk berlakunya penyelewengan dan rasuah dalam PAKATAN kerana mereka sentiasa diikut oleh agen BPR. Kalau BN terus memerintah sudah tentunya BPR tidak akan bertindak segera dan sebaik ini jika mereka tahu adanya berlaku sebarang penyelewengan dan rasuah dalam kerajaan BN.

MAKA SEKALI LAGI SAYA MENYERU SEMUA PENGUNDI DI PERMATANG PAUH AGAR KELUAR BERAMAI-RAMAI MENGUNDI BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN MUTLAK KEPADA PKR DALAM PILIHANRAYA KECIL INI. KEMENANGAN ANUAR NANTI AKAN MEMBUATKAN BPR AKAN MENJADI LEBIH AKTIF BEKERJA DAN SUDAH TENTU MALAYSIA AKAN BERSIH DARI AMALAN RASUAH. INSYAALLAH..........AMIN


Sebelum ini....

Isu tangkapan Exco KeADILan Perak, BPR berniat Jahat - Tian Chua
Khamis, 21 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh

Tian Chua ketika menyampaikan sidang media di Yayasan Aman.

Oleh team SK di Permatang Pauh

Permatang Pauh, 21 Ogos (SK)- Ketua Penerangan KeADILan menyelar tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang telah menyampaikan maklumat yang salah kepada umum berkenaan isu penangkapan dua Exco KeADILan Perak sehingga ia menyebabkan mereka talah digambarkan sebagai bersalah melakukan malan rasuah.

“Jelas sekali tangkapan itu dibuat dan sengaja disusun untuk menggugat kempen Pakatan Rakyat di dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Pengarah BPR memaklumkan bahawa mereka ditahan dalam hanya untuk merakam kenyataan, tetapi BPR telah umumkannya kepada media sebagai skandal wang dan seks,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Yayasan Aman pagi tadi.

Menurutnya apa yang sebenarnya berlaku ialah Exco Perak, Osman Mohd Jailu dan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Kapten Usaili Alias sedang minum teh di sebuah gerai ketika ditegur sapa oleh dua lelaki yang tidak dikenali.

Mereka kemudian, katanya beredar meninggalkan sebuah beg sejurus selepas bertegur sapa dan pegawai BPR kemudiannya telah menerpa menangkap Kapten Usaili dan Osman sebaik sahaja mereka memegang beg yang dikatakan mengandungi wang itu.

“Mereka adalah antara enam individu yang didakwa BPR kononnya terbabit dalam amalan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar,Perak yang dikatakan bernilai RM180 juta.

Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin mengesahkan bahawa tiada projek sedemikian yang bernilai RM180 juta seperti yang didakwa oleh BPR,” katanya lagi.

Menurutnya, kerajaan Perak juga menganggap tangkapan dua Exco terbabit sebagai konspirasi politik untuk merampas kuasa kerajaan Perak pada 31 Ogos.

Tian berkata, tangkapan serta kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang disalurkan kepada media hanya bertujuan untuk memutar belitkan dengan menggambarkan seolah-olah mereka terbabit dalm kes rasuah. Sehubungan itu, katanya KeADILan akan turun padang menjelaskan perkara sebenarnya kepada pengundi.

Suara Keadilan Online

KECOH BANDUAN2 DI PENJARA MALAYSIA 'BERDEMO' TUNTUT BERSUMPAH

Baru-baru ini ada seorang kawan yang menalipon saya dengan nada yang bersungguh-sungguh, katanya semua penghuni penjara di Kajang,Sg.Buloh dan Kemunting sedang berdemontrasi di penjara masing-masing. "Apahal pulak tetiba je orang penjara nak berdemo"? tanya saya. Selamba jawab member saya ni, "Dia orang nak tuntut hak yang sama bersumpah seperti Sayfool Bukhari..... "Biar betul"?,dalam kepala saya.

Menurut member saya, penghuni penjara jugak nak bersumpah bagi membuktikan mereka benar agar masyarakat tak salah anggap kat mereka.Mereka juga rakyat Malaysia seperti Sayfool yang perlukan pembelaan dan keadilan untuk diri mereka.

Bagi mereka juga katanya, adalah beragama islam dan patut dibenarkan bersumpah kat masjid sambil memegang Al Quran dan bersaksikan iman seperti Sayfool.

Saya sendiri merasakan betul jugak kehendak penghuni penjara tu. Ini macam barulah dikira adil. Apa bezanya Sayfool dengan rakyat Malaysia yang lain. Keadilan perlu diberikan sama rata untuk semua rakyat, jadi permintaan begitu dikira memang patut.

Saya mula berminat nak tanya dan tahu lebih lanjut lalu saya tanya member tadi kat tv dah keluar ke berita tu dan bila terjadi kejadian tersebut, lalu apa pulak terjadi selepas tu?

Tapi menurut kata member saya berita ini jangan dihebohkan kepada orang ramai."kenapa pulak", tanya saya. Jawab kawan aku dia cuma bermimpi selepas tertidur sebaik sahaja dia selesai menonton rakaman video Sayfool angkat sumpah beberapa hari lepas. "Eeemmmmmmm!!!! terkena jugak saya dengan member saya ni. Tapi Apa maksud member aku kenakan saya macam tu? Tapi ada logiknya juga ke cerita member saya ni?

ANDA FIKIRLAH SENDIRI......

* Saya sendiri cadangkan kat exco Perak dan beberapa orang yang dituduh rasuah tu bersumpah jugak macam Sayfool kerana masa ini orang lebih percayakan persumpahan daripada mahkamah . Dato Najib pun tidak ke mahkamah bila dituduh oleh Raja Petra, Cukup sekadar bersumpah kat depan beberapa orang dan wartawan dan tutup kes.Betul tak?

FROM BATMAN

NO GOOD MAN IN RULLING GOVERMENT (BN 1500 YEARS AGO)