Thursday, August 21, 2008

KECOH BANDUAN2 DI PENJARA MALAYSIA 'BERDEMO' TUNTUT BERSUMPAH

Baru-baru ini ada seorang kawan yang menalipon saya dengan nada yang bersungguh-sungguh, katanya semua penghuni penjara di Kajang,Sg.Buloh dan Kemunting sedang berdemontrasi di penjara masing-masing. "Apahal pulak tetiba je orang penjara nak berdemo"? tanya saya. Selamba jawab member saya ni, "Dia orang nak tuntut hak yang sama bersumpah seperti Sayfool Bukhari..... "Biar betul"?,dalam kepala saya.

Menurut member saya, penghuni penjara jugak nak bersumpah bagi membuktikan mereka benar agar masyarakat tak salah anggap kat mereka.Mereka juga rakyat Malaysia seperti Sayfool yang perlukan pembelaan dan keadilan untuk diri mereka.

Bagi mereka juga katanya, adalah beragama islam dan patut dibenarkan bersumpah kat masjid sambil memegang Al Quran dan bersaksikan iman seperti Sayfool.

Saya sendiri merasakan betul jugak kehendak penghuni penjara tu. Ini macam barulah dikira adil. Apa bezanya Sayfool dengan rakyat Malaysia yang lain. Keadilan perlu diberikan sama rata untuk semua rakyat, jadi permintaan begitu dikira memang patut.

Saya mula berminat nak tanya dan tahu lebih lanjut lalu saya tanya member tadi kat tv dah keluar ke berita tu dan bila terjadi kejadian tersebut, lalu apa pulak terjadi selepas tu?

Tapi menurut kata member saya berita ini jangan dihebohkan kepada orang ramai."kenapa pulak", tanya saya. Jawab kawan aku dia cuma bermimpi selepas tertidur sebaik sahaja dia selesai menonton rakaman video Sayfool angkat sumpah beberapa hari lepas. "Eeemmmmmmm!!!! terkena jugak saya dengan member saya ni. Tapi Apa maksud member aku kenakan saya macam tu? Tapi ada logiknya juga ke cerita member saya ni?

ANDA FIKIRLAH SENDIRI......

* Saya sendiri cadangkan kat exco Perak dan beberapa orang yang dituduh rasuah tu bersumpah jugak macam Sayfool kerana masa ini orang lebih percayakan persumpahan daripada mahkamah . Dato Najib pun tidak ke mahkamah bila dituduh oleh Raja Petra, Cukup sekadar bersumpah kat depan beberapa orang dan wartawan dan tutup kes.Betul tak?

FROM BATMAN

No comments:

NO GOOD MAN IN RULLING GOVERMENT (BN 1500 YEARS AGO)