Saturday, August 30, 2008

RAKYAT MALAYSIA MENYAMBUT RAMADHAN BERIMAMKAN 'TAHLIL' OLEH AVRIL

Rakyat malaysia berpeluang untuk menyambut Ramadhan tahun ini dengan persembahan 'tahlil' bersama Avril Lavigne. Pada hari Jumaat yang mulia dan 2 hari sebelum Ramadhan.

Kuasa kabinet telah mengatasi segala galanya. Membenarkan persembahan itu walaupun di dalam tempoh menyambut Ramadhan yang mulia.

Mufti dan JAKIM turut menjadi OKU kerana cacat tidak boleh bercakap untuk tempoh beberapa hari ini dan akhirnya ... malam tadi acara itu berlangsung.

Baru baru ini Kerajaan negeri johor dan wilayah telah bertindak tidak membenarkan INUL membuat persembahan di Johor dan Bukit Jalil. Kenapa Inul tidak boleh, tapi Avril Lavigne boleh? Mungkin Inul terpaksa menghasilkan gambar gambar bogel sebelum memohon untuk membuat pertunjukan di Malaysia.

Dah tak waras ... sekejap boleh, sekejap tak boleh. Kerajaan Malaysia Otaknya macam biskut, sekejap ada, sekejap tak der.

Klik SINI.


MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Kiriman Raden Jowo

30.08.2008

2 comments:

This is me said...

actually just nak share... inul dgn avril ada bezanya...

inul.. popularitinya adalah pada gelengan punggungnya, itu menunjukkan suatu simbol seks yang memang difahami semua lapisan masyarakat.. sapa yang minat?? orang tua2 melayu jugak... apa cerita bagus pada inul??
simbol seks.. punggung, gus dur. gelek gerudi?? mcm xde apa kelebihan inul ni kecuali.. punggung!!!

apa org muda pk pasal inul... goyang2 punggung dapat duit.. huhu..

avril.. u tahu ke cerita avril, ke main tulis je dlm blog ni??? susah juga kalau jenis baca harakah je, tapi nak komen pasal "vogue".. struktur isi memang lain.. silakan banyak membaca yee...

walaupun mmg ada gambar2 yang panas.. tapi dia bukan glemer sbb bogel ke, punggung ke.. dia glemer sbb suara/ lagu dia yang best.. dulu dia famous sbb semua lagu dia, dia yg ciptakan sendiri..

cuba u pk, seorang budak berusia, 15 tahun, menyanyikan lagu ciptaannya sendiri yang dapat menarik jutaan perhatian dunia.. itu suatu yg luar biasa.. itu yang bagus kalau.. kalau dicontohi.. org muda malaysia..

pasal live dia.. dah itu mmg cara idup mat salleh, takkan nak halang dia minum arak, bersekududkan dgn jantan.. bergambar sexy...

lagipun dia ada skandal apa2 ke?? xde.. so biar je la...

bagaimanapun saya tertarik dgn posting ni, ask permision utk share di www.arkib.tk
salam

ANAK RANTAU said...

Muda-mudi Malaysia kita dah al maklum perangai mereka, apa yang baik dari luar bukan diambilkira tetapi yang menjadi masalahnya mereka mudah meniru yang tak baik dari artis luar.

lagipun bukan ini yang didahagakan oleh anak muda Malaysia ini. Banyak perkara yang lebih penting dan wajib kita dedahkan kepada mereka, terutama dalam kegersangan mereka dalam memahami Islam itu sendiri dan rasa tanggungjawab terhadap negara mereka.

Kalau bab hiburan ni dah tak perlu kita nak sajikan kat anak-anak muda ni, mereka tahu je mana mereka nak cari.Akan tetapi bab agama ni jangan kata anak muda, malah mak bapak dia orang pun tak ada hati nak ambil tahu walaupun dibawak ke depan mata mereka.

Yang ramai pergi ke konsert tu sape? mejoritinya anak melayu kita. Dalam keadaan pergaulan sebebas itu macam-macam gejala maksiat dan sosial terdedah kat mereka. Sembahyang? usah nak katalah ....kita dah boleh agak macamana.

Tak cukup lagi ke segala macam hiburan yang kita nak bagi kat mereka? Media elektronik kita dan media masa dah promote cukup banyak untuk mereka.

Kita tanya anak muda kita berapa ramai yang ada di kalangan mereka nanti yang akan memandikan dan menyembahyangkan mak bapak mereka bila meninggal? Tak tahulah kalau ada pulak nanti anak muda kita yang akan mengiringi jenazah mak bapak mereka ke kubur dengan lagu bermutu ciptaan Avril.

Nyawa anak muda kita makin pendek. Atuk mereka boleh lah hidup sampai 70-80thn. Mak ayah mereka cuma dalam 55-65thn. je itupun kira nasib, tetapi muda-mudi kita boleh agaknya mencapai usia sebegitu.

Merokok,ganja,arak,rempit dan dadah dah cukup membuat umur mereka lebih singkat daripada umur mak bapak mereka. Sempatke gamaknya muda-mudi kita ni nak kumpulkan pahala dan bertaubat sebelum ajal mengundang mereka?
Apalagi jika mereka sibuk berpesta dan berkonsert.

Kalau jiwa kita ada ingat yang kita akan mati dan takut kat Allah Taala kita tak akan mudah membuat kerja-kerja kerja yang boleh melalaikan kita mengingati Allah.Bukan nak marah tapi....

Sendiri mau ingat lahhhh.....

NO GOOD MAN IN RULLING GOVERMENT (BN 1500 YEARS AGO)