Thursday, August 21, 2008

BPR AKTIF BERTINDAK DALAM KES PEMBANGKANG MENJADIKAN PAKATAN LEBIH TERHINDAR DARI RASUAH.MAKA MENGUNDI PKR SUATU 'ADVANTAGE'

Kehadiran BPR sebaik sejurus sahaja 'transaksi' dibuat adalah sesuatu sejarah yang baru dalam penangkapan kes rasuah di Malaysia, merujuk yang dibuat dan dilakukan oleh BPR ke atas Exco perak dan rakannya. Selama ini rasanya tak pernah lagi dalam kes-kes pegawai kerajaan, BPR tiba secara 'on the spot' sebaik sahaja penyerahan rasuah dibuat. Apa yg berlaku pada kita semua nampak sangat ianya telah dirancang sebegitu teliti.Nampak sangat ini satu perangkap berniat jahat. Kalau dilihat pada kes-kes rasuah yang melibatkan pegawai kerajaan selama ini biasanya penangkapan dibuat setelah berbulan-bulan dan ada juga selepas bertahun-tahun kejadian rasuah itu terjadi.

Dalam kes-kes rasuah yang dilapurkan oleh pembangkang, tindakan yang dibuat oleh BPR adalah sangat lembab dan lambat malah banyak yang didiamkan sahaja tanpa sebarang tindakan , akan tetapi nampaknya dalam kes yang dilapurkan oleh pihak lain agar tindakan dibuat oleh BPR kepada pihak Pakatan rakyat yang disyaki boleh pula dibuat sebegini segera. Nampak sangat sikap 'double standard' BPR yang kononnya mereka profesional.

Kalaulah BPR bersubahat dengan kerajaan BN semata-mata hendak memburuk-buruk Pakatan Rakyat terutamanya dalam kempen Permatang Pauh makna patut sangatlah integriti BPR boleh dipandang dan diletak ke tahap yang paling rendah.

Saya menyeru semua pengundi di Permatang Pauh yang mahu ketelusan wujud dalam kerajaan undilah PKR kerana bilamana Pakatan Rakyat memerintah tidak mudah untuk anggota kerajaannya melakukan rasuah dan penyelewengan kerana BPR akan bertindak serta-merta terhadap mereka. Ini sudah tentunya susah untuk berlakunya penyelewengan dan rasuah dalam PAKATAN kerana mereka sentiasa diikut oleh agen BPR. Kalau BN terus memerintah sudah tentunya BPR tidak akan bertindak segera dan sebaik ini jika mereka tahu adanya berlaku sebarang penyelewengan dan rasuah dalam kerajaan BN.

MAKA SEKALI LAGI SAYA MENYERU SEMUA PENGUNDI DI PERMATANG PAUH AGAR KELUAR BERAMAI-RAMAI MENGUNDI BAGI MEMASTIKAN KEMENANGAN MUTLAK KEPADA PKR DALAM PILIHANRAYA KECIL INI. KEMENANGAN ANUAR NANTI AKAN MEMBUATKAN BPR AKAN MENJADI LEBIH AKTIF BEKERJA DAN SUDAH TENTU MALAYSIA AKAN BERSIH DARI AMALAN RASUAH. INSYAALLAH..........AMIN


Sebelum ini....

Isu tangkapan Exco KeADILan Perak, BPR berniat Jahat - Tian Chua
Khamis, 21 Ogos 2008 • Kategori: Berita Semasa, Berita Utama, Nasional, P44 Permatang Pauh

Tian Chua ketika menyampaikan sidang media di Yayasan Aman.

Oleh team SK di Permatang Pauh

Permatang Pauh, 21 Ogos (SK)- Ketua Penerangan KeADILan menyelar tindakan Badan Pencegah Rasuah (BPR) yang telah menyampaikan maklumat yang salah kepada umum berkenaan isu penangkapan dua Exco KeADILan Perak sehingga ia menyebabkan mereka talah digambarkan sebagai bersalah melakukan malan rasuah.

“Jelas sekali tangkapan itu dibuat dan sengaja disusun untuk menggugat kempen Pakatan Rakyat di dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh. Pengarah BPR memaklumkan bahawa mereka ditahan dalam hanya untuk merakam kenyataan, tetapi BPR telah umumkannya kepada media sebagai skandal wang dan seks,” katanya dalam satu sidang media yang diadakan di Yayasan Aman pagi tadi.

Menurutnya apa yang sebenarnya berlaku ialah Exco Perak, Osman Mohd Jailu dan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Kapten Usaili Alias sedang minum teh di sebuah gerai ketika ditegur sapa oleh dua lelaki yang tidak dikenali.

Mereka kemudian, katanya beredar meninggalkan sebuah beg sejurus selepas bertegur sapa dan pegawai BPR kemudiannya telah menerpa menangkap Kapten Usaili dan Osman sebaik sahaja mereka memegang beg yang dikatakan mengandungi wang itu.

“Mereka adalah antara enam individu yang didakwa BPR kononnya terbabit dalam amalan rasuah berkaitan satu projek perumahan di Seri Iskandar,Perak yang dikatakan bernilai RM180 juta.

Menteri Besar Perak, Mohd Nizar Jamaluddin mengesahkan bahawa tiada projek sedemikian yang bernilai RM180 juta seperti yang didakwa oleh BPR,” katanya lagi.

Menurutnya, kerajaan Perak juga menganggap tangkapan dua Exco terbabit sebagai konspirasi politik untuk merampas kuasa kerajaan Perak pada 31 Ogos.

Tian berkata, tangkapan serta kenyataan yang tidak bertanggungjawab yang disalurkan kepada media hanya bertujuan untuk memutar belitkan dengan menggambarkan seolah-olah mereka terbabit dalm kes rasuah. Sehubungan itu, katanya KeADILan akan turun padang menjelaskan perkara sebenarnya kepada pengundi.

Suara Keadilan Online

No comments:

NO GOOD MAN IN RULLING GOVERMENT (BN 1500 YEARS AGO)